Thursday 26 July 2012

Tazkirah Super Spontan Kejam?

(Bagus jugak, lepas solat, imam sebut satu nama, dan si penama terus bagi tazkirah secara spontan, dan untuk mengelakkan riak, isu tazkirah adalah berkenaan tentang  fikir atas iman dan amal sahaja, hihihi.)


Kali ni aku bukan nak cerita bab tazkirah spontan, tapi aku nak kongsi beberapa jawapan spontan namun agak kejam yang aku 'kadang-kadang' guna dalam kehidupan, mana yang elok: ikut, yang tak elok: tegur..
Senario satu:
“Potonglah janggut tu Shah, dah macam kambing aku tengok.”
Perli korang yang anti Sunnah lalu aku jawab:
"Tapi jika aku buang janggut ni,  jadi tak hensem macam babi pulak!"
Woha!

Senario dua:
“Kenapa bawak kereta slow sangat, bawaklah laju sikit.”
Marah korang terhadap aku yang bersifat penuh berdisplin di jalan raya, jawab aku:
“Aku orang penting, lambat sampaipun orang tunggu, orang tak penting macam kau, sampai awalpun tapi nobody cares!”
Woha!
Senario tiga:
“Kenyang ke makan tiga jari”
Perli korang bila tengok aku cuba makan ikut sunnah Nabi, lalu jawab aku:
"Yang bagi kenyang Allah, anak cina makan DUA kayu, elok jer kenyang.."
Woha!
Senario empat:
“Kau  sokong pasukan mana?”
 Merujuk Euro 2012 baru baru ni, Aku jawab,

“Denmark dan Belanda”
“Eh, bukan ke Denmark dan Belanda paling awal tersingkir?”
“Ya, aku akan sokong pasukan paling awal tersingkir agar aku tak perlu fikir lebih lebih bab bola tapi masih mampu menjawab soalan bab bola.”
Woha!
Senario lima:
“Shah, kau sudah tidak sehebat dulu..”
Kritik korang pada kelemahan aku, lalu jawab aku:
“Maaf, aku pun tak nak cakap isu ni, terutama depan orang ramai, tapi aku ada bercakap dengan bini kau, katanya, kau sudah tidak sehebat dulu.”
Woha!
Senario enam:
“cantik tak jika aku beli barang ni dan letak kat ruang tamu rumah aku?,”
Tanya korang pada aku ketika membeli hiasan rumah yang mahal.
“wah, tentu aku terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kau kelak!”
Woha!
Senario tujuh:
“Eh, si X tu makin gemok aku tengok”..
Umpat korang kerana dengki sebab dia cantik tapi berisi lalu jawab aku:
“Dalam islam, mengumpat umpama makan mayat saudara kita sendiri, jadi tolong jangan mengumpat orang yang gemok, sebab nanti kena makan mayat orang gemok, larat ke nak habis?!”
Woha!
Senario lapan:
“Shah, aku kena makan dulu, sebab nanti solat tak kyushuk.”
Korang beri alasan bila di ajak solat berjemaah, lalu jawab aku:
“Aku kena solat dulu, nanti aku tak lalu nak makan sebab teringat pada solat.”
Woha!
Senario sembilan:

“ kau tak sertai ke demotrasi  Anti lynas / Anti PTPTN/Bersih 3.0 /dan lain lain so call demotrasi?,
Jawab aku,
“Soalan kau tak meningkatkan iman, tapi jika aku masih muda, penuh bersemangat, dan takde life, serta bodoh, tentu aku joint.”
Woha!
Senario sepuluh:
“itu pun tak tahu ke?”
Jawab korang dengan nada sombong apabila aku bertanya soalan yang remeh temeh bab dunia seperti makna bahasa English, atau isu semasa, atau sejarah barat, yang aku betul betul tidak tahu, lepas diperli, aku menjawab:

“maaf, aku memang jahil bab dunia”

Woha!
Ok, cukuplah 10 jawapan spontan yang agak 'kejam',
Ps: Merujuk kepada senario sepuluh, bab ugamapun aku jahil gak..ahaks!

MENGENAI SEORANG IBU DAN BAYI. TAHAN AIRMATA ANDA T_T

i can't stop crying T_T
he is a miracle
memang very inspiring

Sunday 22 July 2012

Fakta-fakta Tipikal Bulan Ramadhan dan Syawal di Malaysia

Assalamualaikum




Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.

Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.

As for today, aku nak cakap sikit benda-benda yang aku dah cakap tahun lepas. Ya, setiap tahun, kita akan hadapi masalah sama di bulan ramadhan dan syawal. Kan?

Ramadhan versi Malaysia = Bulan membuang duit.
Duit lagi cepat habis di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan kebiasaan. Korang tahu tak aku benci gila pergi bazaar? Ya, sebab harga makanan di bazar gila ah mahal. Ayam seketul yang kecik tu pun dah nak cecah 3 ringgit. Nasi yang tak sampai separuh pun dah kena Rm 1.00. Tapi aku tak faham la kenapa still ada orang yang beli? Di sebabkan ada orang beli lah penjual sanggup naikkan harga. Cer korang bayangkan bila customer tak beli ayam yang beharga nak Rm. 3.00, agak-agak penjual akan turun kan harga tak? Mesti lahhh.


And korang tahu tak, kalau korang duduk di Tampin. Korang surely akan tau pasal bazar kat Tampin tu kan? Kat situ, ada beberapa orang abang yang jual nasi ayam tau. And percaya atau tak, kesemua mereka pakai spect Oakley beb. Satu spect tu harga dalam Rm 800. Even buruk gila design dia, harga dia tetap mahal. Padahal kualiti dia standard je dengan spect Rm 500 ke bawah. Ni mesti mahal sebab jenama. Well biasalah, orang sekarang kan tengok jenama je. Even design buruk tapi ada brand, sure orang beli kan? Dan ini buktinya yang menjual di bazaar ramadhan really boleh buat korang kaya.

Mari memalaskan diri.
Semua benda tak boleh buat dengan alasan puasa. Nak buat tu, tak boleh. Nak buat ni, tak boleh. Semuanya dengan alasan berpuasa. Padahal, bukan penat sangat pun puasa-puasa ni. *Ceh ceh*. So end up, masing-masing pi bantai buat peta atas bantal. Then bangun bila dah nak bukak puasa. Ni belum kira bab berat badan. Iye lah. Asal berbuka je, lauk ayam. Then selepas berbuka, terus tidur. Mana tak naik berat badan? *Terasa sambil usap-usap perut. Perut dah tahap suami orang dah. Biasalah, perut yang mendapat kasih sayang isteri*

Warung-warung tersorok yang buka pada waktu tengah hari akan mendapat lebih banyak sambutan daripada biasa.
Percaya tak kalau aku kata warung-warung dan kedai makanan yang kecil yang buka di siang hari boleh mendapat sambutan yang hangat lebih dari biasa? Aku tau lah sebab aku pernah ter-ikut kawan aku yang menjadi runner untuk juadah berbuka puasa di siang hari. Dududududuu (bunyi motor). Aku tumpang kawan aku pergi ke bandar. Then masa balik tu, dia ada singgah di tepi sebuah bangunan tau. Then kat belakang tu, ada sebuah warung kecik je. Tapi orang dia perh, ramai beb. Kawan aku kata lauk-lauk kat situ licin even ayam dia kecik. Pandai betul orang sekarang berniaga.

Bilik yang kosong kini telah berpenghuni.
Bilik belajar (discussion) di hostel aku yang kebiasaanya kosong pada waktu siang kini sentiasa penuh dengan orang. Pintu juga asyik berkunci je. Bila ketuk pintu bilik discussion tu, automatik bilik tu akan jadi sunyi macam tak der orang. Magik betul. Then kalau hidu betul-betul, sure akan terbau makanan. Intai punya intai, tengok-tengok member aku ada buat majlis berbuka puasa kat situ daaa. Dieorang confused dengan azan zuhur dengan azan magrib kot.

Cerita sedih tak akan meningsafkan penonton.
Bila ramadhan, tv3 mula siarkan cerita-cerita yang sedih yang entah apa-apa konon untuk menginsafkan penonton. Tetapi, hakikatnya, cerita-cerita di kaca tv hanya lah menjadi stock makian dan sumpah seranah sebab tahap sedihnya adalah terlampau tak logik. Alah, cerita melayu biasa lah. Kalau tak isu hero yang miskin, mesti pasal hero yang terencat. Then mesti ada isu kena rogol. Then blah-blah-blah. Same modus operandi all the time. Dan yang tak boleh blah ada je lagi orang dok layan cerita-cerita yang macam tu padahal plot dan ending dia boleh sangat nak agak.


Dan plot yang paling femes adalah pasal anak derhaka terhadap ibubapa. And then either si anak or si ibubapa yang akan mati. Pulak tu, bila nak mati, mesti mati pada pagi 1 Syawal. Kan? Balik-balik mati pada 1 Syawal. Balik-balik mati pada 1 Syawal. Yaaa. Tipikal kan? Kucing aku pun boleh agak plot macam tu bro. Dan soalan yang aku paling kerap tanya. "Kenapa pengarah dan producer suka menginsafkan penonton dengan filem sedih kalau keinsafan boleh di capai dengan filem happy?" Contohnya, cerita pasal keluarga family yang suka ria pulang ke kampung. Mesti bila orang yang tak pulang ke kampung akan rasa sayu je bila tengok kan?

Droolling to the TV
TV mula menyiarkan cerita berunsurkan masakan untuk juadah berbuka dan kuih raya. Masa zaman dulu-dulu, pada pukul 5 dan enam petang kami semua akan duduk depan tv dan layan apa-apa program masakan sambil terliur. Aku tak faham kenapa bila raya dan berbuka puasa kita di sajikan dengan program-program macam tu. Lagi pun kenapa perlu berbuka dengan gempak-gempak? Kenapa tak boleh berbuka dengan lauk seperti hari-hari biasa? Dan... ada ke orang yang betul-betul follow guide kat TV tu? Anak-anak dara zaman sekarang mana reti masak benda-benda pelik-pelik macam tu. Kalau ada pun, mesti makcik-makcik tua. Anak dara apa tau. Tau bergossip je.

The weird wayang satu syawal.
Produser dan pelakon mula mempromosikan filem-filem mereka dengan ayat "Jangan lepaskan movie terbaik pada 1 syawal ini. Hanya di panggung wayang!" Seriously? What shhhht makes you think we all should sambut Raya 1 Shawal dalam panggung wayang? We all got thousands of rumah awek-awek comel untuk di rayai. We all got thousands of new awek-awek comel untuk di kenali. And you suggest me to sambut raya kat dalam panggung wayang? Oh-oh maybe kat dalam panggung wayang ada awek-awek comel kot.

****************

Actually lah kan. Aku ada satu impian yang aku nak buat sebelum mati. Ya, setiap tahun, aku berharap yang one day aku boleh rasa beraya di negara orang. Then tangkap gambar then hantarkan ke Utusan / Berita Harian dengan harapan keluar kat segmen "Salam Perantauan". Tapi serious. Aku nak merasa beraya di negara orang doe. Dah lebih 20 tahun beraya di negara sendiri. Feel tu dah makin nak hilang. Mungkin selepas kahwin feel tu datang balik kot. Bila la aku nak kahwin ni.


Ps : Belum beli baju raya. Isk. Isk.

Friday 20 July 2012

PUASA - BERSYUKUR KERANA KITA DI MALAYSIA

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, alhamdulillah kita melangkah sekali lagi kedalam bulan yang mulia ini. Satu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Ya, pasti ramai yang berasa gembira dan bolehlah kita semua berlumba-lumba mengaut "keuntungan" sebanyak mungkin. Keuntungan yang sangat mudah untuk dikaut berlipat kali ganda, buat bekalan kita disana kelak.

Seperti tahun-tahun yang lalu hati saya pasti akan timbul rasa bimbang dan sedih disebalik keseronokan dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan ini. Sedih kerana Ramadhan yang datang menemui kita hanya sepintas lalu sahaja dan ia pasti akan meninggalkan kita semua dan berlalu pergi. Bimbang kerana Ramadhan yang akan datang belum pasti kita akan ketemu lagi.

Pernahkah kita bersyukur?
Tidak ramai dikalangan kita yang bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang dapat menjalani ibadah puasa didalam bulan Ramadhan dalam keadaan yang cukup selesa, aman dan damai. Kita semua bebas dan selamat untuk berulang alik ke masjid dan tidak perlu risau untuk melakukan ibadah solat, termasuk bertarawih. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan diri kita, anak, isteri dan seluruh ahli keluarga yang lain. Yang pasti kita selamat melakukan segala amalan dalam bulan Ramadhan dengan baik di dalam negara yang bernama Malaysia ini.
Cuba selami isi hati wanita Rohingya ini, cuba bayangkan anda berada ditempatnya.

Saya terpanggil untuk menulis entry ini untuk mengajak kita semua melahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah kerana kita telah dilahir serta dibesarkan dinegara ini. Tahukah anda betapa seksanya pada hari ini kehidupan etnik Rohingya di Myanmar. Berita keganasan yang dilakukan oleh pengganas Rakhine terhadap etnik Rohingya kerap kali tersiar didalam akhbar sejak kebelakang ini, mendorong untuk saya "share" tentang penderitaan mereka didalam entry kali ini. Tahukah anda bahawa muslim Rohingya sudah menjadi pelarian setelah sekian lama?
 
Antara negara yang menerima pelarian kaum Rohingya adalah Malaysia. Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan : 
1-Kami kekal di sini (Myanmar) dengan risiko terus dibunuh.
2-Kami berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas.
3-Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan.

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

 
Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya yang diisytiharkan sebagai pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka. 

Bagaimana sekiranya ini adalah anda seorang ayah yang cuba melindungi keluarga?
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas umat ISLAM Rohingya : 
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka. 
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera. 
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran. Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar 
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang dikalangan mereka yang telah dibunuh. 
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara paksa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.  


Walaupun darurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas  kasihan. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Saya rasa sedih sangat melihat photo-photo ketika meng "Google" yang memaparkan wajah kesengsaraan dan sedih kaum etnik ini. Cuba kita bayangkan bagaimanakah mereka hendak menjalani ibadah puasa dengan sempurna? Bagaimana sambutan Aidil Fitri mereka? Pernahkah kita bersyukur kepada Allah kerana diri kita ini telah dilahirkan di negara Malaysia yang aman dan damai malah Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dihormati banyak negara dunia lain.


Pernahkah kita bersyukur?
Bagaimana pula dengan nasib penduduk Samolia yang kebuluran ketika menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini? Berita dibawah ini walaupun telah tersiar pada tahun lalu, tetapi gambaran kesusahan serta kesengsaran yang mereka akan alami pada tahun ini tentu sahaja kita semua boleh gambarkan.

Faduma Aden, terpaksa menahan lapar sepanjang hari kerana tidak cukup makanan untuk berbuka. Ibu kepada tiga anak dari Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran itu berkata, beliau tetap berpuasa.

PENDUDUK Somalia mengalami kebuluran paling teruk dalam sejarah ketika ini.
PENDUDUK Somalia mengalami kebuluran paling teruk.
Hidangan mewah untuk berbuka puasa tidak pernah difikirkan oleh kebanyakan penduduk Somalia yang berhadapan dengan kebuluran paling teruk dalam sejarah. Biarpun Islam mengecualikan puasa kepada mereka yang sakit, kebanyakan penduduk Somalia tetap melakukannya.
Seperti yang lain, Mohamed Mohamud Abdulle malu kerana tiada makanan ‘bagi memenuhi kepuasan’ ketika berbuka selepas berpuasa sepanjang hari. “Bagaimana saya boleh berpuasa jika tidak ada apa-apa untuk berbuka? Semua ahli keluarga kelaparan. Kelaparan memaksa saya ke sini,” kata Abdulle antara puluhan ribu yang berjalan ke kem pelarian di negara jiran, Kenya.


Penduduk Somalia sudah biasa ‘berpuasa’ berminggu malah berbulan lamanya kerana kekurangan makanan. “Saya tidak boleh berpuasa kerana tidak mempunyai makanan untuk berbuka dan sahur,” kata Nur Ahmed, bapa kepada enam anak di kem yang menempatkan pelarian Somalia di Mogadishu. Isterinya meninggal tahun lalu ketika bersalin.
Sheik Ali Sheik Hussein, ketua masjid di Mogadishu bimbang apabila ramai penduduk tidak dapat berpuasa kerana terlalu lemah akibat kelaparan dan tiada makanan untuk berbuka.


“Kami meminta umat Islam seluruh dunia menderma bagi membantu mereka yang kebuluran,” katanya.


Pernahkah kita bersyukur?
Bagaimana pula dengan rakyaat Palestin yang saban hari berganti minggu berganti bulan dan berganti tahun, hidup sentiasa menderita akibat kekejaman Yahudi. Pernah atau tidak kita cuba bayangkan diri kita ini adalah rakyaat Palestin yang tinggal dinegara tersebut? Bagaimana agaknya mereka menjalani ibadah puasa didalam bulan Ramadhan tahun ini? Hendak tak nak hidup mesti diteruskan juga. Perintah Allah tetap perlu dilaksanakan oleh mereka walaupun dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat.


Pernahkah kita bersyukur?
Pernah jejaki Urumqi dan Kashgar suatu ketika dulu ketika bulan puasa dan menyambut hari raya disini
Bagaimana pula keadaan saudara kita di wilayah Xinjiang China yang telah ditindas oleh kerajaan mereka? Pada tahun lepas Muslim Uighur kembali menderita akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid. Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bahagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah.

Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani ‘surat akuan’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan. Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka atau kemungkinan kehilangan pekerjaan mereka. 
Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.


Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid. Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang.


Itu adalah diantara beberapa negara yang mempunyai penduduk beragama Islam yang diduga oleh Allah SWT.

Adakah kita semua di negara ini pernah bersyukur? 
 copy paste dari insan untuk memberi nilai

10 B – AMALKAN DALAM MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK


PENGENALAN
Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.

Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

KENAPA ANDA STRESS?
Diri sendiri – kecewa
Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya.
Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya.
Komuniti – bertengkar dengan jiran.
Kesesakan lalu lintas.
Persekitaran tidak selesa.
Tragedi.
Menunggu lama.

TANDA-TANDA STRESS
Jantung berdegup kencang.
Cepat marah.
Rasa tidak gembira.
Hilang selera makan.
Hilang minat terhadap kerja.
Tidak cukup tidur.
Suka menengking.
Cuba jauhkan diri.

APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN APABILA ANDA MARAH?
Bertenang.
Kenalpasti punca anda marah.
Mendapat nasihat orang lain.
Beredar ketempat lain bagi mengawal kemarahan.
Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan.
Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan.

AMALKAN 10 B
Bertenang.
Bernafas dengan dalam.
Berkata : Relakslah…
Beribadat.
Bercakap dengan seseorang.
Berurut.
Berehat dan mendengar muzik.
Beriadah.
Bersenam.
Berfikiran positif.