Sunday 8 April 2012

Exam oh Exam

Exam dating lagi, dan masa ni la budak2 ‘U” mula mempamerkan pelbagai aksi. Ada yang gabra,sedih dan lemah semangat, tak kurang jugak yang seronak, berlagak dan lupa daratan. Secara keseluruhannya, kebanyakkan pelajar akan menghadapi exam week ini dengan kepala hotak yang berkecamuk, hati yang berdebar-debar dan titisan peluh dingin yang mencecah buku lali…

Memang boleh dikatakan semua pelajar tak sukakan exam terutamanya mereka yang prestasi studynya berada di tahap yang boleh mengancam kesejahteraan hidup atau lebih tepat lagi mereka yang tidak penah amik tahu pasal pelajaran dan tidak penah mengenal apa itu lecturer, nota, buku dan library.

Maka, banyaklah teknik2 yang digunakan oleh mereka yang kesamaran ini bg menyambut kedatangan hari yang tidak diingini tersebut. Antaranya teknik ‘pulun maut’ yakni sebelah tangan gosok gigi sebelah tangan pegang buku, takpon sebelah tangan makan sebelah tangan lagi catit nota…
Ataupon teknik ‘trengkas’ atau cuba meringkaskan buku dengan membuat nota-nota cute yang kadang2 nota cute tu lebih tebal dari buku..apa cer..hahaha

Tak pon teknik ‘pustakawan’ yakni membuat lawatan-lawatan mengejut ke library walaupon waktu susuh menunjukkan pukul 3 pagi…memang nak kena pukul org camtu…hahahaha
Dan juga teknik ‘study cool’ atau lebih dikenali dengan nama ‘yoga terlentang’…lokasi utama atas katil buku atas muka…check balik buku banyak peta2 dunia zaman purba terlekat..amik subjek geografikah?aiyo

Walau apapon tak lengkap rasanya kalau seseorang pelajar tu tidak mengamalkan last minute studies. Sebabnya…. Yela kan kalau study awal2 nanti dekat exam dah takde benda nak study susah jugaj kan? Jadi eloklah kalau kita kumpulkan semua-semua yang ada dalam satu semester tu untuk distudykan betul-betul pada malam exam. Barulah ada dia punya thrill…hahahaha

Lagi satu…apa susah, kawan-kawan kan ada. Masa nilah penat2 diorang pergi kelas, pergi lecture, salin nota, pergi library, kumpul bahan2 study semua-semua tu kita nak tumpan….BUT   ‘Eer’..tapi kadang-kadang kengkawan kita ni akan jadi begitu sensetif terutamanya pada malam exam…apasal ntah?hgahahahaha

Di sini boleh dirumuskan bahawa budak2 ‘U’ memaqng mengambil berat pasal exam . mereka akan bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya lulus dalam exam. Tak kiralah usaha itu boleh diterima akal atau tidak….