Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.
Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.
As for today, aku nak cakap sikit benda-benda yang aku dah cakap tahun lepas. Ya, setiap tahun, kita akan hadapi masalah sama di bulan ramadhan dan syawal. Kan?
Ramadhan versi Malaysia = Bulan membuang duit.
Duit lagi cepat habis di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan
kebiasaan. Korang tahu tak aku benci gila pergi bazaar? Ya, sebab harga
makanan di bazar gila ah mahal. Ayam seketul yang kecik tu pun dah nak
cecah 3 ringgit. Nasi yang tak sampai separuh pun dah kena Rm 1.00. Tapi
aku tak faham la kenapa still ada orang yang beli? Di sebabkan ada
orang beli lah penjual sanggup naikkan harga. Cer korang bayangkan bila
customer tak beli ayam yang beharga nak Rm. 3.00, agak-agak penjual akan
turun kan harga tak? Mesti lahhh.And korang tahu tak, kalau korang duduk di Tampin. Korang surely akan tau pasal bazar kat Tampin tu kan? Kat situ, ada beberapa orang abang yang jual nasi ayam tau. And percaya atau tak, kesemua mereka pakai spect Oakley beb. Satu spect tu harga dalam Rm 800. Even buruk gila design dia, harga dia tetap mahal. Padahal kualiti dia standard je dengan spect Rm 500 ke bawah. Ni mesti mahal sebab jenama. Well biasalah, orang sekarang kan tengok jenama je. Even design buruk tapi ada brand, sure orang beli kan? Dan ini buktinya yang menjual di bazaar ramadhan really boleh buat korang kaya.
Mari memalaskan diri.
Semua benda tak boleh buat dengan alasan puasa. Nak buat tu, tak boleh.
Nak buat ni, tak boleh. Semuanya dengan alasan berpuasa. Padahal, bukan
penat sangat pun puasa-puasa ni. *Ceh ceh*. So end up, masing-masing pi
bantai buat peta atas bantal. Then bangun bila dah nak bukak puasa. Ni
belum kira bab berat badan. Iye lah. Asal berbuka je, lauk ayam. Then
selepas berbuka, terus tidur. Mana tak naik berat badan? *Terasa sambil
usap-usap perut. Perut dah tahap suami orang dah. Biasalah, perut yang
mendapat kasih sayang isteri*
Warung-warung tersorok yang buka pada waktu tengah hari akan mendapat lebih banyak sambutan daripada biasa.
Percaya tak kalau aku kata warung-warung dan kedai makanan yang kecil
yang buka di siang hari boleh mendapat sambutan yang hangat lebih dari
biasa? Aku tau lah sebab aku pernah ter-ikut kawan aku yang menjadi
runner untuk juadah berbuka puasa di siang hari. Dududududuu (bunyi
motor). Aku tumpang kawan aku pergi ke bandar. Then masa balik tu, dia
ada singgah di tepi sebuah bangunan tau. Then kat belakang tu, ada
sebuah warung kecik je. Tapi orang dia perh, ramai beb. Kawan aku kata
lauk-lauk kat situ licin even ayam dia kecik. Pandai betul orang
sekarang berniaga.
Bilik yang kosong kini telah berpenghuni.
Bilik belajar (discussion) di hostel aku yang kebiasaanya kosong pada
waktu siang kini sentiasa penuh dengan orang. Pintu juga asyik berkunci
je. Bila ketuk pintu bilik discussion tu, automatik bilik tu akan jadi
sunyi macam tak der orang. Magik betul. Then kalau hidu betul-betul,
sure akan terbau makanan. Intai punya intai, tengok-tengok member aku
ada buat majlis berbuka puasa kat situ daaa. Dieorang confused dengan
azan zuhur dengan azan magrib kot.
Cerita sedih tak akan meningsafkan penonton.
Bila ramadhan, tv3 mula siarkan cerita-cerita yang sedih yang entah
apa-apa konon untuk menginsafkan penonton. Tetapi, hakikatnya,
cerita-cerita di kaca tv hanya lah menjadi stock makian dan sumpah
seranah sebab tahap sedihnya adalah terlampau tak logik. Alah, cerita
melayu biasa lah. Kalau tak isu hero yang miskin, mesti pasal hero yang
terencat. Then mesti ada isu kena rogol. Then blah-blah-blah. Same modus
operandi all the time. Dan yang tak boleh blah ada je lagi orang dok
layan cerita-cerita yang macam tu padahal plot dan ending dia boleh
sangat nak agak.Dan plot yang paling femes adalah pasal anak derhaka terhadap ibubapa. And then either si anak or si ibubapa yang akan mati. Pulak tu, bila nak mati, mesti mati pada pagi 1 Syawal. Kan? Balik-balik mati pada 1 Syawal. Balik-balik mati pada 1 Syawal. Yaaa. Tipikal kan? Kucing aku pun boleh agak plot macam tu bro. Dan soalan yang aku paling kerap tanya. "Kenapa pengarah dan producer suka menginsafkan penonton dengan filem sedih kalau keinsafan boleh di capai dengan filem happy?" Contohnya, cerita pasal keluarga family yang suka ria pulang ke kampung. Mesti bila orang yang tak pulang ke kampung akan rasa sayu je bila tengok kan?
Droolling to the TV
TV mula menyiarkan cerita berunsurkan masakan untuk juadah berbuka dan
kuih raya. Masa zaman dulu-dulu, pada pukul 5 dan enam petang kami semua
akan duduk depan tv dan layan apa-apa program masakan sambil terliur.
Aku tak faham kenapa bila raya dan berbuka puasa kita di sajikan dengan
program-program macam tu. Lagi pun kenapa perlu berbuka dengan
gempak-gempak? Kenapa tak boleh berbuka dengan lauk seperti hari-hari
biasa? Dan... ada ke orang yang betul-betul follow guide kat TV tu?
Anak-anak dara zaman sekarang mana reti masak benda-benda pelik-pelik
macam tu. Kalau ada pun, mesti makcik-makcik tua. Anak dara apa tau. Tau
bergossip je.The weird wayang satu syawal.
Produser dan pelakon mula mempromosikan filem-filem mereka dengan ayat "Jangan lepaskan movie terbaik pada 1 syawal ini. Hanya di panggung wayang!" Seriously? What shhhht makes you think we all should sambut Raya 1 Shawal dalam panggung wayang? We all got thousands of rumah awek-awek comel untuk di rayai. We all got thousands of new awek-awek comel untuk di kenali. And you suggest me to sambut raya kat dalam panggung wayang? Oh-oh maybe kat dalam panggung wayang ada awek-awek comel kot.
****************
Actually lah kan. Aku ada satu impian yang aku nak buat sebelum mati. Ya, setiap tahun, aku berharap yang one day aku boleh rasa beraya di negara orang. Then tangkap gambar then hantarkan ke Utusan / Berita Harian dengan harapan keluar kat segmen "Salam Perantauan". Tapi serious. Aku nak merasa beraya di negara orang doe. Dah lebih 20 tahun beraya di negara sendiri. Feel tu dah makin nak hilang. Mungkin selepas kahwin feel tu datang balik kot. Bila la aku nak kahwin ni.
Ps : Belum beli baju raya. Isk. Isk.
No comments:
Post a Comment