PENGENALAN
Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada
perubahan.
Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,
ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya
yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran
sendiri.
KENAPA ANDA STRESS?
Diri sendiri – kecewa
Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dan
sebagainya.
Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat,
dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya.
Komuniti – bertengkar dengan jiran.
Kesesakan lalu lintas.
Persekitaran tidak selesa.
Tragedi.
Menunggu lama.
TANDA-TANDA STRESS
Jantung berdegup kencang.
Cepat marah.
Rasa tidak gembira.
Hilang selera makan.
Hilang minat terhadap kerja.
Tidak cukup tidur.
Suka menengking.
Cuba jauhkan diri.
APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN APABILA ANDA MARAH?
Bertenang.
Kenalpasti punca anda marah.
Mendapat nasihat orang lain.
Beredar ketempat lain bagi mengawal kemarahan.
Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan.
Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga
melakukan kesalahan.
AMALKAN 10 B
Bertenang.
Bernafas dengan dalam.
Berkata : Relakslah…
Beribadat.
Bercakap dengan seseorang.
Berurut.
Berehat dan mendengar muzik.
Beriadah.
Bersenam.
Berfikiran positif.
No comments:
Post a Comment