(Bagus jugak, lepas
solat, imam sebut satu nama, dan si penama terus bagi tazkirah secara spontan,
dan untuk mengelakkan riak, isu tazkirah adalah berkenaan tentang fikir atas iman dan amal sahaja, hihihi.)
Kali ni aku bukan nak cerita bab tazkirah spontan, tapi aku nak kongsi beberapa jawapan spontan namun agak kejam yang aku 'kadang-kadang' guna dalam kehidupan, mana yang elok: ikut, yang tak elok: tegur..
Senario satu:
“Potonglah janggut tu Shah, dah macam kambing aku tengok.”
Perli korang yang anti Sunnah lalu aku jawab:
"Tapi jika aku buang janggut ni, jadi tak hensem macam babi pulak!"
Woha!
Senario dua:
“Kenapa bawak kereta slow sangat, bawaklah laju sikit.”
Marah korang terhadap aku yang bersifat penuh berdisplin di
jalan raya, jawab aku:
“Aku orang penting, lambat sampaipun orang tunggu, orang tak penting macam kau, sampai awalpun tapi nobody cares!”
Woha!
Senario tiga:
“Kenyang ke makan tiga jari”
Perli korang bila tengok aku cuba makan ikut sunnah Nabi, lalu jawab aku:
"Yang bagi kenyang Allah, anak cina makan DUA kayu, elok jer kenyang.."
Woha!
Senario empat:
“Kau sokong pasukan
mana?”
Merujuk Euro 2012
baru baru ni, Aku jawab,
“Denmark dan Belanda”
“Eh, bukan ke Denmark dan Belanda paling awal tersingkir?”
“Ya, aku akan sokong pasukan paling awal tersingkir agar aku
tak perlu fikir lebih lebih bab bola tapi masih mampu menjawab soalan bab bola.”
Woha!
Senario lima:
“Shah, kau sudah tidak sehebat dulu..”
Kritik korang pada kelemahan aku, lalu jawab aku:
“Maaf, aku pun tak nak cakap isu ni, terutama depan orang
ramai, tapi aku ada bercakap dengan bini kau, katanya, kau sudah tidak sehebat
dulu.”
Woha!
Senario enam:
“cantik tak jika aku beli barang ni dan letak kat ruang tamu
rumah aku?,”
Tanya korang pada aku ketika membeli hiasan rumah yang
mahal.
“wah, tentu aku terhibur memandang hiasan ini di waktu
tahlil di rumah kau kelak!”
Woha!
Senario tujuh:
“Eh, si X tu makin gemok aku tengok”..
Umpat korang kerana dengki sebab dia cantik tapi berisi lalu
jawab aku:
“Dalam islam, mengumpat umpama makan mayat saudara kita
sendiri, jadi tolong jangan mengumpat orang yang gemok, sebab nanti kena makan
mayat orang gemok, larat ke nak habis?!”
Woha!
Senario lapan:
“Shah, aku kena makan dulu, sebab nanti solat tak kyushuk.”
Korang beri alasan bila di ajak solat berjemaah, lalu jawab
aku:
“Aku kena solat dulu, nanti aku tak lalu nak makan sebab
teringat pada solat.”
Woha!
Senario sembilan:
“ kau tak sertai ke demotrasi Anti lynas / Anti PTPTN/Bersih 3.0 /dan lain
lain so call demotrasi?,
Jawab aku,
“Soalan kau tak meningkatkan iman, tapi jika aku masih muda, penuh bersemangat, dan takde life, serta bodoh, tentu aku joint.”
Woha!
Senario sepuluh:
“itu pun tak tahu ke?”
Jawab korang dengan nada sombong apabila aku bertanya soalan
yang remeh temeh bab dunia seperti makna bahasa English, atau isu semasa, atau
sejarah barat, yang aku betul betul tidak tahu, lepas diperli, aku menjawab:
“maaf, aku memang jahil bab dunia”
Woha!
“maaf, aku memang jahil bab dunia”
Woha!
Ok, cukuplah 10 jawapan spontan yang agak 'kejam',
Ps: Merujuk kepada senario sepuluh, bab ugamapun aku jahil
gak..ahaks!