Exam dating lagi, dan masa ni la budak2 ‘U” mula mempamerkan
pelbagai aksi. Ada yang gabra,sedih dan lemah semangat, tak kurang jugak yang
seronak, berlagak dan lupa daratan. Secara keseluruhannya, kebanyakkan pelajar
akan menghadapi exam week ini dengan kepala hotak yang berkecamuk, hati yang
berdebar-debar dan titisan peluh dingin yang mencecah buku lali…
Memang boleh dikatakan semua pelajar tak sukakan exam
terutamanya mereka yang prestasi studynya berada di tahap yang boleh mengancam
kesejahteraan hidup atau lebih tepat lagi mereka yang tidak penah amik tahu
pasal pelajaran dan tidak penah mengenal apa itu lecturer, nota, buku dan
library.
Maka, banyaklah teknik2 yang digunakan oleh mereka yang
kesamaran ini bg menyambut kedatangan hari yang tidak diingini tersebut. Antaranya
teknik ‘pulun maut’ yakni sebelah tangan gosok gigi sebelah tangan pegang buku,
takpon sebelah tangan makan sebelah tangan lagi catit nota…
Ataupon teknik ‘trengkas’ atau cuba meringkaskan buku dengan
membuat nota-nota cute yang kadang2 nota cute tu lebih tebal dari buku..apa
cer..hahaha
Tak pon teknik ‘pustakawan’ yakni membuat lawatan-lawatan
mengejut ke library walaupon waktu susuh menunjukkan pukul 3 pagi…memang nak
kena pukul org camtu…hahahaha
Dan juga teknik ‘study cool’ atau lebih dikenali dengan nama
‘yoga terlentang’…lokasi utama atas katil buku atas muka…check balik buku
banyak peta2 dunia zaman purba terlekat..amik subjek geografikah?aiyo
Walau apapon tak lengkap rasanya kalau seseorang pelajar tu
tidak mengamalkan last minute studies. Sebabnya…. Yela kan kalau study awal2
nanti dekat exam dah takde benda nak study susah jugaj kan? Jadi eloklah kalau
kita kumpulkan semua-semua yang ada dalam satu semester tu untuk distudykan
betul-betul pada malam exam. Barulah ada dia punya thrill…hahahaha
Lagi satu…apa susah, kawan-kawan kan ada. Masa nilah penat2
diorang pergi kelas, pergi lecture, salin nota, pergi library, kumpul bahan2
study semua-semua tu kita nak tumpan….BUT ‘Eer’..tapi kadang-kadang kengkawan kita ni
akan jadi begitu sensetif terutamanya pada malam exam…apasal ntah?hgahahahaha
Di sini boleh dirumuskan bahawa budak2 ‘U’ memaqng mengambil
berat pasal exam . mereka akan bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya
lulus dalam exam. Tak kiralah usaha itu boleh diterima akal atau tidak….
No comments:
Post a Comment