Thursday, 28 February 2013

Punca Amerika Dan Britain Bencikan Dr. Mahathir

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia....
lama tak update kan...
entri kali ni aku amik dari blog yg selalu aku baca...
cuma aku edit sket sebab nanti aku dikatakan obses ngan politik...
di sini aku cuma nak gtau tentang kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamad je ye...
kalau nak entri penuh ni dia punya link blogger ye....

Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?

Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.


Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.

image_gallery

Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.
Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu.


Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.

Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.

Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.

Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.

d8c778632651915f89cc6f80ffd28df9

Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.

Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.

Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.

Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

home

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya


PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

sign

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu
mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu  menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Monday, 28 January 2013

Kisah Pasar Malam

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia

hiks3
ni nak cerita pasai pasar malam sket..apa ko tak penah pi pasar malam?hidup ko memang sedeyh..pasar malam adalah tempat kesukaan ramai dari yg tua sampai ke bayi yg baru abis pantang...hahahah ni aku nak cerita gelagat manusia kat pasar malam ye..bukan nak meroyan ye tp dari segi perhatian aku hahaha



SITUASI 1

Boleh tak yg berkeluarga RAMAI..sekali lg berkeluarga RAMAI ye yang anak sampai 10 orang..kalau si anak tu umur dah 18 tahun keatas takde masalah sangat ni semua bawah 12 tahun..abis diangkut masuk ke pasar malam...yg dikendong dua orang yang selebihnya mengekor je kat belakang..dah mcm keretapi dah aku tengok..tu yg menyebabkan jalan jem..bayangkan meja peniaga tu besar mana..kalau ko satu keluarga singgah agak2 penuh tak depan meja peniaga tu?tu belum lagi yg dok menangis hentak2 kaki nak mainan...dah tau anak ko tu mcm kena histeria bila tgk mainan awat yg dibawak masuk...haish akai ada?pastu taktau nak beli apa..ni lagi satu perangai..masuk pasar malam baru dok pikiaq nak beli apa..pastu stop tengah2 jalan dok nak tanya bini@laki nak mengshekik apa..abang2 n kakak2 kalau jalan pasar malam tu sebesaq HIGHWAY ko sekeluarga nak baring pon orang tak kisah..ni besaq jalan untuk pejalan kaki tau tak...tak ke jem dibuatnya oleh ko sekeluarga..so pesanan aku tak payah bawak ramai2 masuk pasar malam tu..amik je oder dari anak2 ko pastu ko masuk sorang takpun bawak la sorang dua anak ko untuk jadi BIBIK pengangkat barang ...kan senang..ko senang orang yg hot mcm aku lagi senang hahahaha

cuba bayangkan satu keluarga masuk pasar malam bawak anak ramai ni


SITUASI 2

Hai anak-anak dan cucu-cucu MITHALI ye....tolong la... nak jd MITHALI pun tak payah la bawak AYAH MAK DATUK NENEK yg bertongkat ..yang berkerusi roda ni bawak masuk pasar malam...kesian kat depa dok terketaq2 jalan..kang terjatuh dalam belanga ayam goreng berempah dah jd DATUK NENEK BEREMPAH..(menu baru kah..mentang2 tinggal rangka kan)..kalau dok jem sepanjang jalan pasal MAK AYAH korang..tak ke orang yg belakang dok sumpah seranah PARENTS korang tercinta...kesian la ye kat mereka tu..kang tengah2 berjalan tu orang terlanggar tak ke jatuh pakcik2 n makcik2 tu..so anak2 MITHALI pasar malam bukan tempat nak tunjuk kat orang yg ko tu MITHALI ye...pi la restoran ke apa ke..

sweet la tgk pakcik n makcik ni


SITUASI 3

Ni lagi satu  kalau pi pasar malam mesti kita tengok ada kapel yg dok berkepit sepanjang masuk pasar malam..bukan jeles akan ke'akrab'an korang tu tp menyampah ok tgk gelagat nak bercweet2 bagai...mcm la korang je berkapel dalam dunia ni..dialog yg selalu didengar

BF: baby nak makan apa?
GF: ikut B la..baby tak kisah..
BF: ala cakap la baby..kesian abg tu dok tunggu kita..u kan tau I tak suka org tgk U tau...i cemburu tau,,
GF: ala B takmau camtu..ala tomey2...

mampus la aku muntah kat pasar malam..please ye pasangan bercinta..jaga tingkah kelakuan anda...
hahahaha


korang tgk depa dua ni pun dah block jalan

SITUASI 4

Lastly tgk remaja2 yang bajet depa la paling hot di alam semesta masuk pasar malam yg panas dan berhimpit2 boleh dibantainya pakai baju jaket tebal2...apa yg budak2 panggil sekarang ni VARSITY ke jaket tebal tu kan..hahaha awat pakai jaket siap topi2 bagai..malam ye sayang...takde matahari pun..yg perempuan plak bukan main ngan mekap2 tebal mcm nak pi wat persembahan opera cina..siap maskara bagai..ada lagi keji siap sanggul2 rambut bagai..tu belum lagi yang selamba badak pakai heel kat pasar malam..kang tergolek masuk dalam kawah gulai baru padan muka..pakaian ntah apa2 ntah...haish sedeyhhhhhhhh tgk

sweet tak awek ni kalau masuk pasar malam hahahaha



Saturday, 15 September 2012

PK 4 Kumpulan 2 Siri 9 2012


Melayu Cina India Bumiputera Bersatu....
Ini dinamakan Satu Malaysia yg aman dan harmoni....
bertuah dibumi sendiri...
apapon pk4 semua comel,kiut...
hahahahah

PK 1 Gegar Kumpulan 2 Siri 10 2010

lihatlah kami semua...
dah la happy comel plus kiut plak tu...
hahahah matila puji diri sendiri...
apapon mereka2 ini memang comel...
kbai

Kelas PK 4 Kumpulan 1 Siri 7 2010....











ketiga2 gambar diatas mengambarkan betapa happynya kami....
so pada yg kata PLKN tak best cuba tgk pic2 ini...
hahahahah masuk dulu baru tau..
ada dikalangan dalam gambar ini telahpon melanjutkan pelajaran ke luar negara maca France, Mesir, dan lain2 lagi....


happykan kami semua...
sayang kamu semua....

Friday, 14 September 2012

Miss This Moment T-T

 masa hari kedua kelas Kenegaraan

 ini eddy si playboy bak kata zainun n ezza

 yeah geng kena tepung walaupon besday boy dua org ja hahahah

hahahah geng belakang tabir yg menjayakan majlis walaupon aku pon kena tepong

geng2 comel

geng kelas Kenegaraan yg sentiasa comel


miss this kelas Kenegaraan bersama2 geng2 senget lagi kacak dan santek hahahahahah....
sambut besday n makan2 lagi...
saya doakan yg terbaik dunia n akhirat untuk semua...

Friday, 10 August 2012

(kENA ambiL TAHU ! ) RAHsia TUBuH mANUSIA

Rahsia di sebalik tubuh manusia

















Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf :Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19


Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagaiAsma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia




Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)


Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)



Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.




"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid.  Sila lihat di bawah;

الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'
محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal
لا إله إلا الله
= 12 huruf
محمد رسول الله
= 12 huruf